Archive for July, 2008

Wajah-wajah yang ceria

Bismillah..

Sementara menanti waktu berbuka..sempat aku mencoretkan satu luahan rasa yg lahir apabila aku terpandang wajah rakan-rakanku di wallpaper laptopku..

Gambar itu..(tak dpt nak letak kat blog friendster..;) )
adalah gambar ketika majlis makan malam kolej tun dr Ismail..yang diadakan awal thn 2008..
Apa yang menariknya dalam gambar tu..ialah semua org tersenyum spontan apabila jurugambar waktu tu sempat buat lawak sebelum gambar tersebut diambil..
memang menarik gambar tu..terpancar satu sinar kegembiraan yang sgt manis..bahkan boleh saja digambarkan oleh sesiapa sahaja yang melihat gambar tu walaupun tidak berada disitu..

Lebih menarik lagi..dlm gambar tu, ada rakan-rakan satu kos yang rapat2..yang dah bersama lebih 3 thn dlm pengajian..mcm2 kenangan pahit dan manis dilalui bersama..
menod, hakim, raw, nash, helmi, roy, shah, shuk, rafi, wafi, ayub, kumar, bajat, farizal dan faiz..
masing2 ade kenangan yg tersendiri bersama mereka..
ada jugak yg takde dlm gambar..mcm hazim, epi, azhar, acap, kasy…dan ramai lg..dan mereke ni juge ade kenangan dlm lipatan hidup aku..

Hmm..tapi itulah sifat gambar..mampu utk mengekalkan sesuatu yang tidak kekal..
Antaranya rase seronok dan bahagia bile berkawan..sedangkan sunnah Allah menetapkan bahawa yg suka pasti akan ade dukanya..yang senang pasti akan ada susahnya..yg bahagia pasti ada deritanya..
bak kate pepatah..sedangkan lidah lagikan tergigit..

Sebagaimana gambar itu memahatkan rase gembireku bersama mereka..aku juga ingin memahatkan rase syukur dan terime kasihku buat semua kawan2 yang pernah kenal diri ini..rapat atau tidak ataupun pernah rapat..sekejap atau lama..yang pernah bersua walaupun tidak lama…
Kalian banyak mengajar diri ini..kalau ade yang pahit, itu adalah sebahagian dari rona kehidupan..klu yang baik, itulah hadiah dlm perkenalan..

terima kasih kawan2!

Tewas sebelum berjuang

Haih..~~
Keluhan yang sama acap kali keluar dari mulutku bila mengenangkan keadaan diri yang tewas dalam bermujahadah..

Aku..
adalah seumpama pendekar perang yang tewas sebelum sempat pergi berjuang..
Dipersiapkan dgn ilmu ketenteraan dan seni berpencak..
Dibekalkan dengan peralatan dan kelengkapan yang bukan calang-calang..
Baju besi yang diperbuat daripada besi, tegap berkilat, kukuh dan teguh..
Busur panah yang persis dan jitu membidik musuh..
Sebekas anak panah yang tidak bisa tersasar drpd laluannya
pedang berkilat, tajam beserta perisai yang tersandang di lengan..
Membuka langkah untuk menyertai satu peperangan yang maha hebat..
Seolah esok sudah tiada lagi..

Namun..
Pendekar itu..jatuh tersungkur..
sebelum sempat menjejak ke medan perang..
Kerana tewas dgn nafsu sendiri..
Belum sempat melihat debu perang..belum sempat mengangkat pedang yang panjang..
belum pun menitis setitik peluh..apatah lagi darah dan airmata..
pendekar itu tersadung dan terjatuh..diserang musuh yang bernama nafsu..

Kenapa?
Pendekar yang gagah dan berani ini..
Lengkap dgn segala ilmu dan kelengkapan
bisa jadi begini..
diusung pulang sebelum berjuang..

Kerna..
Pendekar itu lupa..pada sabda Baginda..
tatkala pulangnya Baginda drpd medan Badar
Rasulullah ada bersabda:
"sekembalinya kita dari perang Badar, kita akan menghadapi jihad yang lebih besar..iaitu Jihad hawa nafsu"
Ya..sang pendekar lupa mempersiapkan dirinya..
menghadapi peperangan jiwa
kerna memenangi peperangan jiwa itu..adalah prasyarat utk memenangi peperangan fizikal..
tiadalah guna baginya segala ilmu peperangan..
tiadalah guna baginya baju besi yang bergemerlapan..
tiadalah guna baginya pedang panjang berkilauan..
tiadalah guna baginya kekuatan jasad dan tubuh badan..
apabila sang pendekar lupa mempersiapkan iman dan juga bekalan..

bersiaplah wahai pendekar..
saf ini memerlukanmu untuk memenangi medan pertarungan yang dahsyat itu..

Redang II

Hari pertama snorkeling..
Kami dibawa menaiki bot kayu ke suatu tempat di tgh laut..setibanya di kawasan yang dituju,kami beramai-ramai terjun ke laut untuk melihat keindahan alam yg terdapat di bawah laut..
MasyaAllah…aku sekali lagi kaget dan kagum dgn keindahan laut. Airnya jernih dan membiru, tak ubah macam dalam televisyen. Ikan-ikan yang menyusur, liuk lentuk berenang-renang. Ada macam-macam warna yang sangat cantik..ada warna pelangi, ada warna hitam kuning, daripada yang sebesar ibu jari sehingga sebesar lengan..
Tapi..sikit je kureng, batu karang kat situ banyak yang dah mati. Ade la jugak sebahagian yang masih idup dan cantik..
Lebih kurang setengah jam..kami naik ke bot dan balik ke pulau.

Petang tu..aku cume berehat di bilik. tapi kawan-kawan lain pegi men bola tampat pantai dan bola sepak. Lebih kurang pukul 6 (kami solat jamak taqdim) baru aku jeluar menyertai mereka bermain rugby air.

Malam..kami hanya duduk di bilik kerana keadaan di luar hujan lebat. Lagipun, badan dah terlalu penat..tido je la yg paling seronok.

Hari kedua dan ketiga snorkeling..lebih kurang same. cume tempat yang dibawa lebih jernih dan lebih cantik.Ikan pun sgt banyak. Tempat tu dipanggil Marine Park. Subhanallah…cantik sgt..(tu je la yang mampu terucap bile dah ade kat sane)

Hari ketiga kami pulang. Masing-masing kepenatan..
Redang adalah antara kenangan yang sgt manis. Sebab ape?

Yang pertama, sebab dpt pergi dgn kawan-kawan…bukan sket, 19 orang. ramai tuhh..

yang kedua, sebab dpt merasa snorkeling di dalam air yg jernih dan bersama ikan-ikan yang cantik..

yang ketiga, sebab seronok dpt bergambar..posing mcm2..

yang keempat…hmm..biarlah rahsia..heh

andai panjang umur dan murah rezeki..nak pegi Tioman and panjat gunung plak..Gunung tahan and Kinabalu..aminn2..