Archive for December, 2007

Tak kusangka.::.

Bismillah..

Tak kusangka di malam ini..

tiada lagi…purnama yang menerangi..

hanya sementara

berselindung balik awan

diselubung kegelapan

sehingga kuterpenjara

lantas ku berlari jauh

mencari cahaya untuk menyuluh..

jalan untukku pulang..

Wahai Tuhan yang Agung

Kau yang Maha Pengampun

Andai diri Kau hukum

itu keadilanMu

Ku pohon maghfirahMu..

Ampunilah dosaku

tempat untukku mengadu..

kasihani hambaMu..

Disinilah hakikatnya..aku tunduk

aku akur..dengan taqdirMu..

~Sebarang janji seringkali aku mungkiri..

tidak pernah sekali Kau menjauhkan diri

sedari mula tak mungkin dapat aku lari

dari ujian yang telah Kau beri.."

HIDUPKU~

Bismillah..

"Hidupku..aku yang rasakan..
Bukan seperti yang kau andaikan
Tak seindah yang anggapkan
tapi cukup untukku dendangkan
lagu ini
aku tulis hari ini
sekadar hanya untuk sendiri renungin
bukan saling menyalahi
tiada sebab yang tersembunyi

Duniaku..
Tak seindah pandanganmu
namun cukup untuk kudendangkan padamu
lagu ini..hari ini

Merek semua tak peduli
apa yang telah aku lalui
ada yang hanya mengeji
syukur masih ada yang mengingati
kawan..
lihat diriku ini
kita hanya beza rupa
hakikatnya sama
tak terhindar sala padanya
bukan kah kita telah berjanji pada Dia
untuk saling menyayangi
KasihNya bawa kita ke sana..

Ingatlah kita suatu hari nanti
semua pasti pergi tiada berkecuali
pergi menemuinya..
di waktu itu lagu ini tiada erti lagi
dan tiada siapa yang mendengari
kecuali siapa yang ada sekarang.."

hmm..assalamualaikum

.:Ia adalah tak best dan menyakitkan:.

Bismillah..

Mende yang tak best dalam medicine nie ialah..peperiksaan. Sesetangah org kate..medicine is about exam, and choosing medicine as a profession means.. u choose to be an examination taker..huh

hmm..bile result kuar, my concern is always..lulus ke tak lulus. Nak cemerlang tuh..bkn lah tanak.. tp rase macam sangat jauh je..
Lagi tak best..bile result yang kuar tak menepati seperti ape kite harapkan, iaitu FAIL. Failure is the bitter part of it..yang perlu ditelan dan dikunyah demi untuk meneruskan hidup dlm bidang medicine yg sgt mencabar ini..

Dan lebih pahit serta menyakitkan.. bile kite dpt berita lulus..pastuh tak lulus.. seperti tokol yang dipalu ke kepala.. bcoz fail means.. stop doing everything, just sit and focus in ur study! aaiihhh…manyak lagi mende nak buat.. hmm..

Tapi..hakikatnye.. inilah kehidupan yang kite telah pun berada di dalamnya.. being strong and going through it will make u stronger and stronger.. and just bear in ur mind, there is no failure until u decide u to be failed.. just keep focus and strive for  the best. This is my ambition.. this is wut i want to be.. anything happened accross the road is only things that will make me better and better..and to prepare myself to be a good doctor.. and leader in the future!

Robbuna ma’akum

salamm perjuangan

Setiap kelahiran..menyakitkan..

Kelahiran adalah satu proses mengeluarkan anak dari kandungan. Ia juga boleh diistilahkan sebagai satu kemunculan yang baru..

Sunnahnya..setiap kelahiran itu akan diiringi dengan kesakitan. Bayangkan betapa sakitnya seorang ibu menerankan utk melahirkan anak. Jika kita melihatnya, nescaya akan timbul keinsafan dan rase menghargai dlm diri kite di atas kesakitan yang ibu kite alami semase melahirkan kite. Pokoknye..kelahiran itu amat menyakitkan..

Begitu juga apabila kite melihat kelahiran Islam..yang tidak datang terus dengan kemegahan dan kehebatan, tetapi ia bangun secara semulajadi dan melalui proses yang amat menyakitkan. Lihat sahaja pengorbanan Rasulullah dan para sahabat..nyatanya, ia amat menyakitkan. Selepas itu, barulah mereka merasai nikmat kemenangan dan ketinggian tamadun Islam.
Walaupun Islam itu agama yang benar…yg turun dari Ilahi, tetapi Allah tetap menetapkan sunnahNya agar Islam itu bangkit dari bawah, melalui proses kelahiran dan Islam itu naik dengan bayaran titisan darah, sabungan nyawa dan jiwa raga..!

Inilah dia sunnah alam yang menjadi ketentuanNya..

Hmm…kata seorang ulamak
"Dirikan lah agama Islam dalam dirimu..nescaya akan tertegak di bumimu"

nak lahirkan Islam dalam diri..menuntut kesakitan dan pengorbanan. Ibarat menggenggam bara api di tangan. Sakitnya bukan kepalang dan harganya bukan sebarang..
"Ya Alllah berikan aku kekuatan menempuhi kesakitan ini.."
amiinn..

Report Oh Report..!

Assalamualaikum warahmatullah..

Kepenatan otak.."central fatigue"..dek menyiapkan laporan-laporan yang berjela-jela..
Cuti pulak dah nak habis..tinggal beberape hari sahaje.Adeh..camne ni?cuti yang macam tak cuti..

Menuju gerbang perkahwinan

Penyempurnaan

Alam perkahwinan adalah alam baru bagi semua manusia.
Rasulullah s.a.w. menyifatkannya sebagai alam penyempurnaan iman. Di alam yang
baru ini banyak perkara baru yang akan dipelajari. Ia seolah-olah berkenalan
dengan satu dunia baru yang cukup unik.

Saya masih ingat di dalam satu program bersama pelajar lelaki
dan perempuan pada tahun 1996. Ketika itu saya masih bujang. Semasa rehat, saya
menawarkan diri untuk keluar ke kedai membeli sedikit makanan dan minuman. Masuk
kembali ke dalam rumah, makanan dan minuman yang saya beli, kami buka dan mula
menjamahnya. Seorang senior yang sudah berkahwin bertanya, mana makanan dan
minuman untuk pelajar perempuan? Saya tergamam. Program bersama selama
berjam-jam, tapi saya tak rasa perlu untuk membelikan makanan dan minuman
mereka.

Ini kekurangan orang bujang. Selain dari alam ghaib, sebahagian
dari alam manusia yang zahir di depan mata pun dia tak nampak. Patutlah ada
pendakwah yang mensyaratkan status berkahwin sebagai syarat penglibatan di dalam
perbincangan untuk buat keputusan-keputusan urusan dakwah. Kurang penghayatan
tentang tabiat jenis lain mengurangkan sifat matang dalam keputusan-keputusan
yang dibuat.

Buat Persediaan Sebaiknya

Mungkin kerana terpengaruh dengan nasihat-nasihat orang kahwin
‘veteran’, seorang kenalan saya membuat satu persediaan yang cukup luar biasa
sebelum berkahwin. Dia makan telur ayam kampung beberapa biji setiap hari. Madu
lebah (madu hutan) sebotol besar, selesai hanya dalam masa seminggu. Tongkat ali
dan tongkat-tongkat yang lain, menjadi minuman pagi dan petang. Peliknya saya
tengok. Apa agaknya tasawwurnya tentang alam rumahtangga? Gelanggang tinju
ke?

Persediaan yang terbaik sebelum berkahwin adalah melengkapkan
diri dengan keperibadian muslim sejati. Rumahtangga yang baik adalah rumahtangga
yang didirikan oleh dua manusia lelaki perempuan yang iltizam dengan agama. Itu
persediaannya dan itulah asas yang perlu menjadi kebimbangan semua orang.

Bagi lelaki;

tanamkan sifat bertanggungjawab

tanamkan sifat belas dan kasihan kepada wanita yang lemah

binalah sifat bertolak ansur

binalah kesediaan untuk berbincang dan mendengar pandangan
pasangan

binalah kemampuan dan kemahiran yang boleh digunakan untuk
mencari rezeki yang halal

binalah kekuatan diri untuk melindungi isteri dan
anak-anak dari segala bahaya yang mendatang

Bagi wanita;

belajarlah untuk setia kepada hanya seorang manusia iaitu
suami

mula agihkan kasih sayang yang sebelum ini diberikan kepada
hanya ibu bapa kepada suami

lawan nafsu dengan mengawal mulut dan gaya-gaya ego untuk
menjaga maruah dan air muka suami walau pun suami tidak mempunyai apa-apa
kelebihan

belajar-belajarlah memasak kalau sebelum ini biasa beli makanan
luar sahaja

bersedialah untuk menjadi ibu kerana anda mungkin hanya ada
masa 9 bulan 10 hari sahaja untuk belajar

Berapa ramai manusia yang kita lihat melakukan persediaan yang
hebat sebelum berkahwin tetapi akhirnya bercerai berai. Hari ini pun sebuah
akhbar perdana menyiarkan di muka depannya kes cerai satu pasangan yang kos
perkahwinannya sahaja menelan belanja RM3.5 juta. Persediaan untuk kahwin
sebesar RM3.5 juta tidak mampu mengekalkan ikatan suami isteri lebih dari 1
tahun 3 bulan? Ya, kerana persediaan material tidak akan menjamin kebahagiaan.
Persediaan sifat-sifat dalamanlah yang akan mengekalkan rumahtangga. Dua jiwa
yang mempunyai matlamat perkahwinan yang berbeza, bagaimana akan kekal sebagai
suami isteri?

Mulakan Rumahtangga Dengan Belanja Bulanan Yang Paling
Minima

Satu lagi nasihat saya kepada semua pasangan yang akan
mendirikan rumahtangga dalam waktu yang terdekat ini adalah agar menyusun
perbelanjaan bulanan rumahtangga baru ini dengan kadar yang paling minima.
Bujang ada kiraannya sendiri di dalam berbelanja. Orang kahwin juga mempunyai
cara kira yang tersendiri di dalam berbelanja.

Pasangan baru mungkin tidak dapat menjangkakan perbelanjaan
yang bakal dihadapinya pada masa akan datang kerana masih berfikir seperti orang
bujang. Keperluan dakwah akan meningkat dengan terbinanya rumahtangga ini.
Banyak barang yang boleh dimiliki oleh orang bujang, mungkin tidak oleh orang
kahwin di awal alam perkahwinannya. Bersabarlah untuk tidak meniru
pasangan-pasangan lain yang membina keperluan dan perhiasan rumah seawal
perkahwinannya.

Sekadar berkongsi dengan pembaca; saya membeli tv terpakai
(dengan harga RM100.00) selepas tiga tahun pulang ke Malaysia (selepas 5 tahun
berkahwin). Tv yang sama itulah yang saya gunakan sampai sekarang. Membeli
kerusi selepas dua tahun pulang. ‘Kereta sempurna’ pertama saya dibeli selepas
dua tahun pulang Malaysia. Sebelumnya ‘kereta mr. bean’ yang setiap kali balik
kampung kena lihat ramalan cuaca terlebih dahulu. Kalau hujan, air akan
bertakung dilantai (ikan mati pun boleh hidup balik). Sebelum ‘kereta mr. bean’,
saya berulang Kajang-Cheras dan ke tempat-tempat lain dengan menunggang
motorsikal ayah saya yang 10 tahun tidak dihidupkan cukai jalan. Kali pertama
menukar langsir adalah pada tahun 2005. Kali pertama membeli komputer pada tahun
2003. Kali pertama membeli PDA pada tahun 2005.

Pembaca rasa saya berjimat? Ada lagi rakan-rakan saya yang jauh
lebih lebih berjimat dari saya.

Selamat Pengantin Baru

Akhirnya saya ucapkan ’selamat pengantin baru’ kepada semua
pasangan yang akan mendirikan rumahtangga pada bulan Disember ini. Tidak lupa
juga buat dua orang kenalan yang menetap di Alor Star, Kedah yang baru
mendirikan rumahtangga beberapa minggu lepas. Semasa ziarah, nampak seghi
kat muka depa ni 
(tidak bermaksud yang sebelum ni nampak serabut).

Kepada semua didoakan:

“Barakallahu lakuma, wa barak ‘alaikuma wa jam’a bainakuma fil
khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa’ul islam wal
muslimin”

“Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah
kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian
zuriat yang memberi manfaat kepada Islam dan muslimin
keseluruhannya”

* dipetik daripada blog al-fadhil ustaz fauzi asmuni (www.satuperkongsian.wordpress.com) untuk renungan diri dan sesiapa yang mahu memperingati diri*