Archive for September, 2007

Ramadhan Karim

salam ramadhan..
exam yg baru berlalu mengajar aku betapa ilmu Allah sangat luas dan hanya dgn taufik serta hidayahNya baru kite dpt kuasai ilmu2Nya.
Bila kita study..kite rase kite dah cover hampir semua bab yg dipelajari. tp bile exam..ya Allah..byknye yang kite x tahu. Alhamdulillah..Allah permudahkan segala urusan semase exam.Seandainya exam itu dijawab dgn ilmu yg ade di dada..pasti kemugkinan utk gagal itu tinggi..

Tapi Allah masih sayangkan aku..dan memberi aku peluang..utk mencari kasihNya dan redhaNya. Aku benar-benar terasa malu dgn Allah..dlm keadaan byk maksiat dan dosa pn, aku masih lagi dibantuNya. Mudah-mudahan bantuanNya ini akan memberikan aku kesedaran..dan bukan utk aku berterusan dlm kemaksiatan..amiinn

Dan Allah mentaqdirkan utk aku..bercuti di bln ramadhan..
betapa hebatnye aturan Allah..tahun nie..habis exam jatuh pd 1 hb ramadhan. Klu dilihat balik, ini satu ujian yang sgt besar buat diriku. Fatrah habis exam…merupakan satu fasa yang sgt mencabar. Fatrah di mana jiwa yg terkurung dan terkunci kerana fokus terhadap peperiksaan..bebas dan merdeka. Ingin melakukan segala-galanya..tetapi fatrah permulaan ramadhan..adalah fasa di mana segala pintu kebaikan dan rahmat dibuka seluas-luasnya..peluang yg jarang muncul dan menagih utk diambil sebyk yg mungkin..

Pertembungan ini merupakan satu ujian Allah..utk aku pilih jalan hidupku..Ya Allah,beri aku taufik dan kekuatan..utk memilih yg baik..sentiasa dan selamanya…aminnnn

Portal Hypertension

Definisi
Portal hypertension ialah peningkatan paras tekanan dalam vena portal. Vena portal ialah saluran darah yang membawa darah kedalam hati. Apabila tekanan ini meningkat, ia boleh menyebabkan banyak komplikasi kpd sistem badan.
Portal hypertension terjadi apabila tekanan dalam vena portal mencecah 25 cmH20 atau lebih. Paras normal ialah 5 hingga 15 cmH2O.

Bagaimana ia boleh terjadi?
Ia boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antara yang paling kerap ialah disebabkan oleh Liver Chirrosis. Serosis hati terjadi apabila sel-sel hati rosak, menjadi fibros (fibrosis) dan kewujudan nodul-nodul pada hati. Ini menyebabkan pengaliran darah di dalam hati terganggu dan tidak lancar. Kesannya, tekanan darah meningkat.

Serosis hati pula boleh disebabkan oleh banyak faktor. Antara yang paling kerap ialah pengambilan alkohol yang kronik dan banyak.

Selain daripada itu, serosis hati juga boleh disebabkan oleh schistosomiasis, iaitu jangkitan yg disebabkan oleh parasit yang dipanggil Bilharzee Mansonii. Ia boleh menyebabkan salur darah terhalang seterus menyebabkan portal hypertensi terjadi.

Apakah komplikasi yang boleh terjadi?
Peningkatan tekanan darah yg melampau boleh menyebabkan tekanan salur-salur darah di kawasan lain yg trdpat dlm badan meningkat. Apabila tekanan ini menjadi tinggi, salur darah tersebut mudah utk pecah dan pendarahan akan berlaku. Antara yang paling kerap terjadi ialah esophageal varices, di mana salur darah di dalam esophagus akan pecah dan menyebabkan pesakit muntah darah.

Selain daripada itu, portal hypertensi juga boleh mnyebabkan spleen atau limpa bertindak lebih reaktif dan menyebabkan badan kekurangan sel darah putih yg diperlukan utk melawan jangkitan kuman.

Pada peringkat yang lebih teruk, ascites iaitu pengumpulan cecair di kawasan abdomen terjadi. Perut pesakit akan menjadi kembung dan besar. Ini terjadi akibat drpd penahanan natrium dan air daripada keluar drpd badan. Paras albumin yang rndah dalam darah turut menyumbang kepada ascites.
Lebih teruk lagi apabila portal hypertensi juga boleh merosakkan otak sekiranya dibiarkan melarat.

[alhamdulillah..]

sekembalinya aku daripada perkhemahan anjuran PEMBINA..

aku berasa sgt gembira kerana dpt berrtemu dgn saudara-saudara seacuan dari seluruh pelusuk negara. nyatanya, perkhemahan ini benar-benar menguji ketahanan fizikal dan mental kami semua. Sesampai sahaja di sana, program dimulakan dgn jungle tracking..pendakian gunung yg mengambil masa 4 jam. Sebahagian daripada tracking ini juga..ialah meredah persisiran pantai dan merentas air paya..fuhh,memang mencabar..

tgharinye..selesai makan tghari dan solat jamak..latihan disambung dgn bola sepak pantai dan bola tampar pantai.sekali lg..dgn kepenatan mendaki gunung..tenyata permainan pantai menguji ketahanan badan dan mental kami..

permainan berterusan selama 4 jam..sehingga pukul 7..

malam harinya..kami di isi dgn kisah peperangan al-qodisiyah..fuhh!! walaupun penat..tp pengisian yg menarik ini seumpama memberi inspirasi dan kekuatan pd aku utk bukak mate seluas-luas yg mampu dan mendengar kisah peperangan itu..

malam diisi dgn hirosah..tidur..dan bangun qiyamullail..seronoknye..

keesokan harinya..program fizikal dimulakan dgn permainan games.."merempuh dan memotong ekor"..memang fizikal-based acitivity..heh kumpulan kami memang x menang byk kerana fizikal yg agak kurus..tp keseronokan ukhuuwwah memang jelas terasa..
program berterusan sampai tghari..berhenti makan dan solat..dan disambung dgn aktiviti laut..WAJIB BASAH..!!

aktiviti laut kami..antaranye ialah berlawan kuda..membina menara.. dan perbincangan tentang nasyid untuk PEMBINA..

malamnya kami berhibur dengan malam kesenian yg diisi dgn pentomin dn nasyid.kepenatan kami rase bagai diubati dgn telatah dna aksi drpd ikhwah yg berlakon..

keesokannya..kami persenam dan muhasabah..seterusnya pulang..

aku terasa sgt bahagia berrtemu dgn ikhwah seangkatan yg hadir dari seluruh pelusuk negara..yg membawa idea yg same..dlm acuan yg same..meskipun baru pertama kali jumpe..bagai dah kenal setahun lamenye..
tetapkan dan tautkan ukhuhwwah antara kami ya Allah..