Archive for August, 2007

mujahadah syeikh..~

assalamualaikum..
kadang-kadang kite rase sempit dada apabila berlaku pertembungan dlm hidup kite. Pertembungan dua perkara yang mane kedua-duanye ade kepentingan dalam hidup kite..

“kena dulukan belajar dalam ape jua keadaan..kerana kite adalah student..”
itulah yang selalu diperkatakan orang..kerana berjaya dalam pelajaran menjamin mase depan yg gemilang..tapi, kalau kite fikir balik..adakah terjamin kejayaan kite dlm exam apabila kite luangkan lebih byk mase kite dgn belajar dan bace buku? lebih pd itu lagi..adakah benar masa depan benar-benar terjamin dgn kejayaan kite dlm pelajaran? terlampau taksub dan obses dgn blaja juge sebenarnye..boleh menyesatkan dan melalaikan kite..dan akhirnye kite menjadi org yg hanya pikirkan kepentingan kite sendiri..agaknye la..

“kite hidup nie..kena kejar byk benda..kemahiran duniawi,kepimpinan,..bru kite boleh survive. ulat buku je pn..x leh nak cemerlang,gemilang dan terbilang jugak..jadi yg berbilang-bilang boleh la..”
tu plak kate yg sbahgian lagi..tp, byk2 ikut program pn..akhirnye blaja kantoi pn x betul gak.akhirnya jadi fitnah kepada diri dan tanggung jawab itu sendiri..setakat boleh ckp..tp ilmu tarak..pn x leh survive gak..

JADI..HARUS BAGAIMANA INI?
hmm..kite kena kembali kepada matlamat kewujudan kite di dunia ini…baru kite takkan sesat..
Ar-Rasul bersabda..”Aku tinggalkan dua perkara, yg mana barangsiapa yg berpegang dgn keduanya..tidak akan sesat selamanya..Al-Quran dan Sunnahku..” au kama Qol
kadang-kadang kite hidup kt dunia nie..pening sgt..mcm2 org kate..kan senang klu kite ade kekuatan utk mengikut kate RAsulullah..dan konfem2 betul..
benar..tuntutan blajar itu adalah satu kewajipan dan tanggungjawab yg tidak boleh diabaikan..tp dakwah..menuntut kite agar bekerja sehabis daya utk mengangkat martabat agama ini ke tptnya..
study pn wajib..dakwah pn wajib…camne eh?
mujahadah syeikh..~~ mujahadah adalah penyelesaiannya…apabila berlaku prtembungan…fikir,pilih dan bermujahadah lah..seterusnya bertawakkal..slebihnye..kite serah pd Allah…
-wallahu waliyyuttaufiq-

:.Ya Allah..bantulah aku..kuatkan aku dan sahabat-sahabatku…selamatkan perjalanan kami..pergi dan pulang..amiinnn:.

Pregnant induced hyprtension (PIH)

Definisi PIH
Tekanan darah yang normal sebelum mengandung, mencapai paras melebihi 149/90 mmHg ketika mengandung, dan kembali kepada asal setelah melahirkan kandungan.
Selain itu, ia juga boleh ditafsirkan sebagai PIH apabila tekanan darah sistolik meningkat 25 mmHg atau diastolik meningkat 15 mmHg daripada tekanan darah ketika trimester yg pertama.
Seseorang pesakit dikatakan mengidap pre-eclampsia apabila mempunyai ciri-ciri di atas, ditambah dgn kewujudan protein dalam air kencing.

Faktor risiko yang mendedahkan ibu mengandung kepada PIH
Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan kecenderungan seseorang ibu yang mengandung utk mendapat PIH.Antaranya ialah:
- Kandungan pertama
- Kandungan yg melebihi dari satu
- Kencing manis
- Polihydramnios
- Hydrops fetalis
- pernah mengalamai PIH dalam kandungan yang sebelumnya
- Mempunya sejarah hypertensi sebelum mengandung; atau pun sekunder kepada penyakit-penyakit lain-lain spt renal artery stenosis atau glomerulonephritis

Apakah komplikasi yang mungkin terjadi kesan daripada PIH?
Seandainya PIH ini tidak dirawat atau dikawal, beberapa komplikasi boleh terjadi kepada ibu yang mengandung.Antaranya:
- eclampsia
- Intrauterine growth restriction (IUGR)
. terjadi akibat daripada kekuragan darah yg melalui uri  bayi menyebabkan tumbesaran bayi terjejas.
- kerosakan ginjal
- kerosakan hati
- Abruptio placenta; di mana uri bayi boleh tercabut dan mengakibatkan pendarahan.
- kerosakan jantung dan pulmonary edema; kesan daripada hypertensi yang tidak terkawal.

.:Ramadhan..satu peluang:.

Bismillah..

Baru selesai solat Isya’ kat surau..rase tenang pulak dpt solat berjemaah kt surau. Tiba-tiba ade pengumuman.."barangsiapa yg ingin berpuasa esok hari (Khamis)..surau akan menyediakan juadah berbuka puasa"
Baru tersedar, rupanye Ramadhan sudah pn mendekati diri ini..seharusnya aku mula buat persiapan utk melaluinya..agar dpt aku manfaatkan setiap detik (kalau boleh..) dalam Ramadhan itu sendiri..
mudah-mudahan aku mampu mengubah diri aku menjadi lebih baik daripada sebelumnya..

Ramadhan rahmat dari Ilahi
buat hamba2 yang menyedarinya..
mntapkan amal, ubah diri
moga semakin dekat kita dgn kasihNya

Ramadhan hanya sebulan
kan tiba..dan berlalu tanpa menunggu..
kuatkan tekad dan keazaman
manfaatkan setiap detik yg brlalu..

Sebuah kereta yang ingin bergerak lancar..perlu kepada enjin yang telah diservis dengan baik…dihidupkan enjinnya..dan dipanaskan sebelum bergerak dgn lancar.
mudah-mudahan persediaan jiwa dan aqal yg mantap..dpt membina kekuatan seumpama seorang prajurit yg bersedia untuk bertempur di medan perang..merebut anugerah cinta dan kasihNya..

gestational diabetes mellitus

Apakah yang dimaksudkan dgn "gestational diabetes mellitus (GDM)"?
Gestational diabetes mellitus adalah penyakit kencing manis yang terjadi ketika mengandung. Penyakit kencing manis ini adalah disebabkan oleh ketidakmampuan badan utk menyerap karbohidrat yg terdpt dalam darah. Kencing manis terjadi apabila hormon yang dipanggil insulin, yang dihasilkan oleh pancreas, tidak dpt bertindak utk membantu penyerapan glukos dalam badan.
Ketika mengandung, placenta atau uri akan menghasilkan hormon-hormon yang bertindak melawan insulin. Kesannya, insulin tidak dpt membantu penyerapan gula atau karbohidrat daripada darah. Kandungan gula dalam darah menjadi tinggi dan menyebabkan pelbagai kesan yang tidak baik terhadap badan.

Siapakan yang cenderung utk mendapat GDM?
Ada beberape ciri-ciri yang boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada penyakit ini. Antaranya ialah:
- terdapat ahli keluarga terdekat yang mengidap penyakit kencing manis
- BMI melebihi 30
- berat yang melebihi 80kg
- pernah mengidap GDM dalam sejarah mengandung yg lalu
- "previous unexplained perinatal death"
- pernah mempunyai sejarah kelahiran bayi melebihi 4.5 kg

Apa kesan GDM sekiranya tidak dikawal?
terdapat byk komplikasi yg boleh terjadi sekiranya paras gula darah tidak dikawal. Antaranya ialah:
- menjejaskan tumbesaran bayi dalam kandungan; di mana ia boleh menyebabkan kecacatan pada bayi spt sacral agenesis, kecacatan pada jantung bayi, caudal regression syndrome, juga termasuk menyebabkan saiz bayi menjadi besar dan susah uTK dilahirkan.
- ibu yg mengandung juga terdedah kepada komplikasi kencing manis seperti nephropathy, retinopathy, pre-eclampsia dan jangkitan.

Apa yg patut dilakukan?
sekiranya ibu yang mengandung mempunyai ciri-ciri yang menyebabkan beliau terdedah kepada GDM, beliau perlulan melakukan pemeriksaan paras gula dlm darah, atau dipanggil MGTT (modified glucose tolerance test) di klinik yang berhampiran. Bagi ibu-ibu yang mengidap GDM pula, pengawalan glukose dlm darah melalui pemakanan adalah sangat penting, terutamanya ketika 28 minggu hingga 32 minggu kandungan.

REFERENCE
1. Ten teachers
2. Dumex
3. Obstetric illustrated

*ini adalah tujuan mengulangkaji semata-mata.sila dptkan maklumat yg lebih sahih drpd doktor2 bertauliah. =)

21hb Ogos

salam..
21hb Ogos menggamit kenangan silam..bila masjid Al-Aqsa diceroboh dan dibakar oleh seorang yahudi laknatullah..
mimbar solahuddin al-ayubi yang sgt bersejarah..terbakar hangus..pembakar tersebut berjaya ditangkap, malangnya diisytiharkan tidak waras dan dilepaskan begitu sahaja,sedangkan dia adalah seorang doktor!
inilah satu cebisan daripada sejuta kejahatan dan kezaliman  yahudi terhadap muslimin di Palestin..
saudaraku..sambut lah panji ini..berjuanglah bersama mereka,biarpun bukan dengan jasad..doa dan semangat menjadi penggnti..
berjuanglah..~

azab yg dilambatkan..

jam tiga aku melangkah..
menuju ke rumah..
yg permai dan indah..
dalam perjalanan..

radio hot.fm mengumandangkan tazkirah prof izi..tentang golongan yg membuat dosa tetapi berjaya..
(( kadang-kadang kita merasa pelik melihat segolongan manusia yang membuat dosa tetapi mereka mendpt kesenangan. Mereka mendapat apa yg mereka mahu..kebahagiaan dunia, kejayaan dalam pelajaran dan pekerjaan, menjadi org yg masyhur..dan segala-galanya,sedangkan mereka ini berterusan dlm dosa..
Kita pula yang bersusah-susah melawan maksiat,bermujahadah..tapi tak pulak2 berjaya..spt mereka..
Apakah Allah tidak adil terhadap hambaNya..atau pengorbanan kita hanya sia-sia..?
sebenarnye..Allah bkn tidak menyedari hakikat ini..bukan jua lupa pada hambanya yg bermujahadah..tetapi Allah melambatkn azab kepada mereka..agar mereka terus berlama dlm kemaksiatan dan diazaab seteruk2nya nanti..renung2kan dan selamat beramal…))
fuuuhhhh…seram aku mendengar tazkirah ini..moga aku diberi kekuatan untuk menjauhi kemaksiatan yg memadam cahaya hati..amiinn..

tiba-tiba..

assalamualaikum pembuka bicara
kalam diatur mengikut irama
meluah rasa mendamai jiwa
jari jemari menterjemah kata

matahari bersinar di pagi hari
mata kucelik melihat dunia
senja petang ku pulang kembali
malam tiba kututup mata

hati dan jiwa dicuit
apakah masih ingat kau pd Pencipta
Dia yg Esa memerhatikan kau setiap detik
tp tak pernah kuingat walau sedetik
kembalilah pemuda kepada KasihNya
kau tidakkan sesat buat selamanya

…taktau nape..tetibe rase nak menulis dlm blog yg tak prnah ditulis sejak setahun yang lalu..
hm..exam dah dekat..duduk sorang2 kt meja sambil bace buku..kadang2 memberi ruang kepada kita untuk bertafakur dan berfikir ttg hidup ini..
..ya..kadang2 kite tarlalu sibuk dgn dunia dan manusia..sehingga terlupa pada diri sendiri..bila dilihat semula..baru kite sedar,kite sudah hanyut entah ke mana..
lalu..minda yg sohih..akan berfikir..apakah aku perlu terus hanyut dan terus hanyut..dengan rutin kehidupan..sehingga mengabai tanggungjawabku kpdNya..
atau..aku perlu bangkit..utk merubah suasana..
atau..aku hanya perlu lalui hidup ini seperti manusia lainnya..
hmm..
bila terase ade kekuatan..maka semangat pemuda menolak aku utk bangkit..melawan kegelapan jahiliyyah yg suram dan muram…yg melitupi dan membaluti suasana..
tp..
bile kecamuk dalaman hadir..menuntun jiwa menjadi lemah dan longlai..maka semangat yg terbakar td..kan menjadi lesu..dan hilang..dan terus hilang..
..hanya mampu menanti..bile semangat ini akan bangkit semula..